Friday, October 7, 2016

Columbia Asia Get Fit for Life Fun Ride 2016 ( 18 Disember 2016)




Columbia Asia GET FIT for LIFE Fun Ride 2016
18 Disember 2016 (Ahad)
Jarak kayuhan: Lebih kurang 40 KM                          
Jam: 8.00 pagi (flag off)
Lokasi berkumpul: Dataran Kedamaian, Taman Tasik Taiping
Yuran: RM50
         *T-shirt, Medal dan Cabutan Bertuah yang menarik
Tarikh akhir pendaftaran: 30 November 2016 


Sila hubungi untuk pertanyaan:
017- 5258407 (Cik Anis)
017- 5925654 (Cik Ayuni)


Terbuka kepada semua rider dan jenis basikal


Senarai Nama Yang Telah Mendaftar Serta Pembayaran

MAKLUMAT PENGAMBILAN GOODIES BAG!!!!

Pihak urusetia akan membuka kaunter pengambilan goodies di DATARAN KEDAMAIAN (Berhampiran arca bola GOLF) seperti berikut:-

Pada: 17.12.2016
Jam: 10 pagi - 5 ptg

Pada: 1812.2016
Jam:7 pagi

Adalah dinasihatkan untuk mengambil lebih awal (17.12.2016) bagi mengelakkan masalah untuk flagoff nanti. Harap maklum.



Sekiranya peserta yang berminat dengan t-shirt program boleh didapati dengan harga RM 40.00. Sila hubungi urusetia untuk sebarang maklumat lanjut.
* Mohon kepada "ghost rider" untuk mendaftar bayaran minima sebanyak RM 10.00 (Makan,minum dan water station, kos tidak termasuk t-shirt, medal dan cabutan bertuah)


Mengenai Columbia Asia GET FIT for LIFE Fun Ride 2016
Columbia Asia GET FIT for LIFE Fun Ride adalah kayuhan santai yang dianjurkan dengan mensasarkan seramai 500 pembasikal yang akan menyertai acara kayuhan ini. Ianya dianjurkan bersama oleh Columbia Asia Hospital-Taiping dan Biro Berbasikal MPT (MPT Riderz), salah satu program yang dijalankan di dalam Karnival GET FIT for LIFE dengan lokasi utamanya bertempat di Dataran Kedamaian, Taman Tasik Taiping, bermula jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi, bersempena dengan sambutan ulangtahun Columbia Asia yang ke-20 tahun.

Tujuan program ini diadakan adalah  untuk memupuk budaya hidup sihat khususnya kepada masyarakat Taiping dan pembasikal-pembasikal seluruh Malaysia amnya.

Kayuhan ini adalah terbuka kepada semua jenis basikal dan akan melalui kawasan kayuhan bandar dan kampung dengan jarak 40 km diatas jalan berturap. Ianya dikawalselia oleh pihak marshal urusetia dengan dibantu oleh anggota trafik PDRM Taiping.

Pihak urusetia amat mengalu-alukan penyertaan tuan/puan/ pasukan basikal untuk bersama dalam program ini.