Wednesday 5 April 2017

Kayuhan Santai Sempena Program "Mohh kite!" Fest




Pengumuman pembatalan program Kayuhan Santai Moh Kite Fest!


Merujuk kepada perbincangan dan juga kadar bilangan penyertaan untuk program Kayuhan Santai Moh Kita Fest!! yang dianjurkan bersama Pencil Pictures dan juga Majlis Perbandaran Taiping telah membuat keputusan untuk MEMBATALKAN program tersebut disebabkan penyertaan dibawah sasaran yang dipersetujui dan dengan ini pihak urusetia *akan memulangkan wang pendaftaran* yang telah dijelaskan oleh peserta.


Sebarang pertanyaan mengenai tuntutan semula wang pendaftaran anda boleh menghubungi Cik Puteri & Cik Ain Pencil Pictures di nombor yang tertera di dalam web atau blog yg tertera.


Sekian harap maklum.


1 Mei 2017 (Isnin)

Jam: 8.00 pagi (flag off)

Jarak kayuhan: Lebih kurang 40 KM     
                     
Lokasi berkumpul: Lake Front, Taman Tasik Taiping

Yuran: RM50
         *T-shirt, Sijil dan Cabutan Bertuah yang menarik

Tarikh akhir pendaftaran: 20 April 2017
Sila hubungi untuk pertanyaan:
014-5243513 (Ain)
019-6791921 (Puteri)

Terbuka kepada semua rider dan jenis basikal.


MAKLUMAT PENGAMBILAN GOODIES BAG!!!!

Pihak urusetia akan membuka kaunter pengambilan goodies di TAMAN TASIK, TAIPING (Lake Front) seperti berikut:-

Pada: 30 April 2017
Jam: 10 pagi - 5 ptg


Kayuhan Santai Sempena Program "Mohh Kite!" Fest

Kayuhan santai sempena program *Moh Kite Fest* adalah program kayuhan yang dianjurkan untuk penyertaan daripada semua peminat-peminat basikal dari seluruh tanahair khususnya di kawasan sekitar Taiping Bandar Warisan. Penganjuran kayuhan santai ini diadakan dengan kerjasama pihak swasta iaitu Pencil Pictures & Record Sdn Berhad (PPSB) dan pihak Biro Berbasikal, Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Taiping.

Penganjuran kayuhan kali ini menyasarkan penyertaan seramai 300 pengayuh basikal yang terdiri daripada lelaki dan wanita bagi memeriahkan program karnival Moh Kite Fest yang dianjurkan oleh pihak PPSB bermula 27 April - 1 Mei 2017.

Di samping itu program ini juga memupuk budaya hidup sihat di kalangan masyarakat selaras dengan dasar kerajaan melahirkan generasi yang sihat.

Kayuhan ini adalah terbuka kepada semua jenis basikal dan akan melalui kawasan kayuhan bandar dan kampung dengan jarak 40 km diatas jalan berturap. Ianya dikawalselia oleh pihak marshal urusetia dengan dibantu oleh anggota trafik PDRM Taiping.

Pihak urusetia amat mengalu-alukan penyertaan tuan/puan/ pasukan basikal untuk bersama dalam program ini.